12 December 2011

Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Maju.


A) Etika Profesion Keguruan 

1) Definisi Etika - Bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
2)  Apabila seorang guru memahami dan mengamalkan nilai dan etika profesion keguruan ia tentunya dapat memainkan peranan dan bertanggungjawab mendidik anak bangsa supaya menjadi warganegara yang berguna kepada negara.

B) Peranan Guru Bagi Menerapkan Semangat Patriotik Dalam Usaha Membina Negara Bangsa Malaysia.

1) Menerapkan nilai jati diri dan semangat cintakan Negara pada semua murid.
2) Memperkukuhkan sistem pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3) Sentiasa memperingatkan murid berkenaan sejarah penubuhan Negara Malaysia dengan cara yang menarik dan mudah diterima oleh murid.
4) Memperbanyakkan program dan aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik dalam diri murid itu sendiri.
5) Memastikan semua murid mengetahui dan mengenali siapa pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa pada negara.

No comments:

Post a Comment