12 December 2011

Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Maju.


A) Etika Profesion Keguruan 

1) Definisi Etika - Bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
2)  Apabila seorang guru memahami dan mengamalkan nilai dan etika profesion keguruan ia tentunya dapat memainkan peranan dan bertanggungjawab mendidik anak bangsa supaya menjadi warganegara yang berguna kepada negara.

B) Peranan Guru Bagi Menerapkan Semangat Patriotik Dalam Usaha Membina Negara Bangsa Malaysia.

1) Menerapkan nilai jati diri dan semangat cintakan Negara pada semua murid.
2) Memperkukuhkan sistem pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3) Sentiasa memperingatkan murid berkenaan sejarah penubuhan Negara Malaysia dengan cara yang menarik dan mudah diterima oleh murid.
4) Memperbanyakkan program dan aktiviti yang boleh meningkatkan semangat patriotik dalam diri murid itu sendiri.
5) Memastikan semua murid mengetahui dan mengenali siapa pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa pada negara.

Peranan Guru Dalam Merealisasikan Wawasan Negara.

Berdasarkan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia Iaitu :-
" Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia"
1) Memberi pengetahuan yang luas tidak terhad hanya dalam sukatan pelajaran.
2) Menaik taraf prasarana dan infrastruktur di institusi pendidikan supaya suasana pembelajaran lebih terancang.
3) Memperkembangkan potensi murid dari segi kemahiran dan intelektual.
4) Menerapkan nilai-nilai murni dan sikap integriti kepada semua murid.
5) Mendidik murid berketrampilan tinggi, berakhlak mulia serta menerapkan ciri-ciri kepimpinan.
6) Membantu kerajaan dalam merealisasikan hasrat membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.
7) Menerapkan unsur-unsur keharmonian , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

PENGURUSAN DIRI INSAN GURU (1)

ADAKAH FAKTOR KEMAJUAN DAN KELEMAHAN SESEBUAH NEGARA BERGANTUNG KEPADA POLITIK,EKONOMI DAN RAKYAT?

1) POLITIK
-KERAJAAN
  • Pemimpin yang pentingkan rakyat.
  • Kepimpinan berintegrasi.
  • Sistem demokrasi.

-KELEMAHAN
  • Persaingan kurang sihat antara parti politik.
  • Sifat politik yang hipokrit.

2)EKONOMI

-KERAJAAN
  • Kaya dengan sumber asli.
  • Sistem mata wang yang stabil.
  • mengamalkan inflasi sifar.

-KELEMAHAN
  • Hutang negara bertambah.
  • Tidak menggunakan sumber asli dengan sebaiknya.
  • Hak cipta negara telah diciplak.

 3)RAKYAT

 -KEMAJUAN
  • Rakyat menjadi berbilang kaum.
  • Perpaduan terpupuk apabila rakyat bersatu.
  • Rakyat yang mendaulatkan agama,bangsa dan negara.

-KELEMAHAN
  • Konflik antara kaum.
  • Sikap perkauman yang terlalu ekstrem 
  • Kurang jati diri.

PENGURUSAN DIRI INSAN GURU (2)

APAKAH PERANAN GURU DALAM INTEGRASI NASIONAL?

  • Memperbanyakkan program perpaduan antara kaum di sekolah contohnya RIMUP.
  • Perlu adil kepada semua murid tidak kira agama,bangsa dan status.
  • Menggalakkan murid mempelajari bangsa kaum lain.
  • Penglibatan semua kaum dalam aktiviti di sekolah.
  • Menerapkan nilai-nilai menghormati semua kaum kepada murid-murid.
  • Mengadakan program pertukaran pelajar ke sekolah bangsa lain.
  • Mendedahkan dan memberi kefahaman kepada murid mengenai adat budaya dan konsep agama masing-masing.
  • Melibatkan semua kaum dalam aktiviti bilik darjah dan kokurikulum.
  • Guru dan murid saling kunjung-mengunjungi antara kaum terutama semasa perayaan.
  • Memperbanyakkan penubuhan sekolah integrasi.

PENGURUSAN DIRI INSAN GURU (3)

APAKAH PERANAN GURU DALAM KEDAULATAN NEGARA?

  • Sentiasa meniupkan semangat cintakan negara.
  • Mempelbagaikan aktiviti patriotik terutamanya ketika sambutan kemerdekaan.
  • Menggalakkan pelajar memakai pakaian mengikut kaum dalam sesi P&P.
  • Memupuk dan menggalakkan murid menabung untuk masa depan.
  • Menegaskan murid dalam penggunaan Bahasa Melayu dengan betul.
  • Menerapkan cinta akan agama dan taat pada perintah Tuhan.
  • Memupuk semangat perpaduan yang kuat antara kaum dalam keharmonian negara.
  • Menggalakkan masyarakat menggunakan barangan tempatan.
  • Memastikan murid supaya kreatif dalam mempelbagaikan rekaan menggunakan sumber negara.
  • Memperingati sejarah kepada murid supaya tertanam di jiwa mereka semangat cintakan negara berdasarkan rentetan sejarah.